This Is Just Fab
04 June 2005
 
CKI - Chapter 3
Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam tapi Nik masih belum sampai. “Mana abang Nik ni. Kata nak datang jemput kita pukul 8.30, tapi sampai sekarang tak nampak kelibatnya” persis hati Shasha. Dia mengerling skrin handphonenya, kosong. “Hmm. message tidak, call pun tidak. Kenapa dia agaknya. Terlibat dengan kemalangan ke? Hissh aku ni! Nauzubillah” hati Shasha menjadi tidak menentu. Dia mendail nombor Nik. “Nombor yang anda dial, tiada dalam perkhidmatan” Shasha mula berasa tidak tentu arah. Dari duduk, dia bangun dan berlegar-legar di bilik tetamu asramanya. Sesekejap, dia menjengah keluar. Masih tiada Nik. Shasha berjalan ke tempat letak kereta. “Mungkin dia tak dapat call aku kot. Line di sini pun bukannya bagus” persis hatinya. Shasha memandang sekeliling namun tiada kereta Nik kelihatan. Dengan hampa, dia melangkah longlai ke biliknya.

“Ha! Sha, kata nak keluar dengan Abang Nik? Apasal masih tercegat di situ? Kalau kau lambat nanti, aku takut kau tak sempat masuk panggung nanti” sapa Wawa yang sedang membaca majalah di hadapan bilik. “Aku dah tunggu dia dari tadi. Bila aku call, tak ada service. Aku cari kat parking lot pun tak ada. Fed up la aku tunggu lama-lama di bawah. Dia nak datang cari aku, pandai-pandailah cari aku di bilik.” Shasha berkata dengan nada marah. “Madu kau tak bagi dia keluar kot?” sinis Wawa. Shasha buat-buat seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Wawa. “Jealous sebab aku ada date dan kau takde la ni ye, Wawa” perli Shasha. “At least boyfriend aku tak pernah pulak stood me up” Wawa mengangkat kakinya dan beredar masuk ke dalam biliknya. Shasha mengetap bibirnya kuat-kuat. Kalau diikutkan perasaan marahnya, mahu sahaja dia membalas kata-kata Wawa tapi dia lebih risau dengan Nik yang hingga kini masih tidak muncul.

Shasha mendail nombor Nik sekali lagi. Masih jawapan yang sama. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Dia hampa. Tidak pernah dia diperlakukan begini. Biasanya Shasha yang selalu mempermainkan perasaan lelaki. Shasha melangkah longlai ke biliknya.


<< Home

  reading Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.