This Is Just Fab
26 May 2005
 
CKI - Chapter 2
Sudah hampir sebulan Shasha mengikuti kursus induksi di INTAN. Ramai juga rakan-rakan yang seangkatan yang baru dia kenali. Walaupun rumah sewanya tidak berapa jauh dari situ, dia memilih untuk tinggal di asrama yang disediakan pihak penganjur. Ini kerana lebih senang untuk dia menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa perlu risau untuk memandu kereta pada waktu malam. Saban hari, banyak kes samun kereta dilapurkan di dalam media. Takut pula dia untuk memandu seorang diri untuk balik ke rumah.

Di asrama, Shasha ditempatkan bersama empat orang pegawai lain yang kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur. Nani, seorang pegawai perubatan di Hospital USM Kubang Kerian, Apip dan Wawa, pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Sabak Bernam. Walaupun tinggal di asrama, Shasha masih membawa keretanya ke INTAN. “Kalau aku boring-boring, boleh juga aku bershopping di Mid Valley” persis hatinya.

Treet..treet..treet..Handphone Shasha berbunyi. “Alamak..siapa lah yang telefon pagi-pagi buta nih. Tak kasi can aku nak tidur lebih masa sikit la” Dengan malas, Shasha mencapai telefon. Terkelip-kelip Private Message di skrin. “Hmmph. Siapa pulak ni” persis hatinya. “Hello!” Shasha menjawab dengan agak kasar. “Assalamualaikum. Wah! garangnya adik abang. Tengah buat apa tu?” Nik berkata lembut. “Eh! Abang Nik. Sorry la. Shasha tengah seronok-seronok nak sambung tidur tiba-tiba phone bunyi. Kalau tau abang telefon tadi, takde la garang-garang tadi. Abang tak marah kan?” tanya Shasha manja. “Tak lah. Takkan abang nak marah adik kesayangan abang”

Nik ialah salah seorang peserta kursus induksi umum di INTAN. Bertugas di salah satu Jabatan yang terkenal di Kuala Lumpur. Dia pada mulanya hanya mengenali Shasha dari jauh, Sewaktu sarapan pagi di Kafeteria. Perawakan Shasha agak menarik, jadi sememangnya dia selalu menjadi tumpuan ramai. Nik pada mulanya dicabar rakan sekursus untuk menyapa Shasha. Dari sapaan sehingga mendapatkan nombor telefon. Shasha pula agak peramah dan manja, jadi tiada masalah untuk Nik berbual dengannya. Perbualan di tepi koridor Dewan bersambung ke Kafeteria. Memandangkan Nik hanya berkursus hanya untuk dua minggu, dia tidak ditempatkan di asrama. Jika Nik tiada kuliah, dia akan bersms dengan Shasha. Adakalanya bercakap di telefon sampai ke dini hari. Hari ini adalah kali pertama Nik menelefon Shasha pada hari minggu. Hajatnya untuk mengajak Shasha keluar untuk menonton wayang.

“Shasha free tak hari ini? Abang ingat nak bawa Shasha tengok wayang la. Abang ada beli tiket cerita Star Wars semalam. Nak tak?” tanya Nik. “Erk! Star Wars? Shasha tak berapa minat la bang” Nik terdiam seketika. “Semalam abang kena beratur sampai sejam nak dapatkan tiket ini. Ingatkan Shasha suka. Macam tu tak apa la. Kita tengok cerita lain, nak?” Nik benar-benar mengharap Shasha bersetuju untuk keluar dengannya. “Abang beratur sampai satu jam sebab nak bawa Shasha. Kesiannya abang. Since dah macam tu, kita tengok aje la Star Wars tu. Pukul berapa punya show, abang?” tanya Shasha. “Show midnight. Boleh kan? Abang ambil Shasha dalam pukul 8.30 malam. Kita dinner la dulu sebelum tengok wayang. Amacam?” “Okay lah. Abang punya handphone mana?” tanya Shasha. “Abang di office ni. Ada nak buat kerja sikit. Shasha tunggu je la abang call, ok?” “Hmm!”

“Siapa yang telefon tu Sha?” tanya Apip. “Abang Nik nak ajak aku dating malam nanti” ujar Shasha. “Kau baik-baik sikit dengan dia tu. Kak Nisa beritahu aku dia dah kahwin. Kau jangan main-main dengan rumahtangga orang Sha” “Ala! Kak Nisa tu jealous Abang Nik tak layan kat dia. Abang Nik ada cerita pada aku” Shasha membela Nik. “Suka hati kau lah. Bukan ini kali pertama aku bagitahu pasal Nik pada kau”


<< Home

  reading Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.