This Is Just Fab
22 May 2005
 
Cinta Kursus Induksi - Chapter 1
“Shasha, datang bilik saya sekejap”. Shasha membetulkan jaketnya sambil berjalan ke bilik Puan Rohana, salah seorang pengarah di tempat Shasha bertugas. “Selamat pagi Puan Rohana” sapa Shasha. “Ha! Shasha masuklah. Kamu duduk sekejap, saya nak hantar emel ni kepada KP. Awak tahu saja la KP kita tu. Semuanya nak cepat, tak boleh lambat langsung. Kalau tidak, habis satu office ni kena habuannya nanti” Shasha hanya mengangguk.

“Okay. Sebenarnya tadi Raihana ada datang beritahu saya yang awak dah due untuk pergi kursus induksi. Dah berapa lama awak di sini? Kalau tak silap saya dah tiga bulan, kan?” kata Puan Rohana. “Betul tu Puan. Tadi ada jugak CC beritahu tapi saya kata baik dia discuss dengan Puan directly. Bukan apa. Kita kan sedang uruskan program bina diri tu. Kalau saya pergi, sapa yang nak ganti tugas saya nanti” Shasha berkata sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga. “Itu saya tahu. Tapi nanti unfair pulak untuk awak. Takpe la Shasha. You just enrol for the induction course. I’ll take care of the programme here. Lagipun, si Usop tuh bukannya ada kerja. Daripada dia seharian asyik melayan weblog, baik dia buat kerja sikit” Shasha tersenyum sambil memandang ke arah Usop yang pada masa itu sedang tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menaip keyboard. “Bila kursusnya Puan?” Puan Rohana mencapai diarinya dan menyelak-yelak muka surat diari tersebut. “Tak silap saya tadi, Raihana kat minggu depan. Ini kursus wajib untuk PTD Shasha. Tak boleh miss. Awak tahukan kursus ni enam bulan?” “Tahu! Nanti saya beritahu CC. Okaylah Puan, ada apa-apa lagi? Kalau tak saya nak sambung buat kerja saya balik. Lagipun event manager program tu katanya nak telefon petang ni. Saya kena siapkan specification dan Puan pun kena tengok dulu sebelum saya submit” kata Shasha. Puan Rohana menggeleng sambil berkata terima kasih.

Shasha adalah pegawai baru di sebuah jabatan kerajaan. Setelah menghadapi pelbagai ujian dan temuduga, akhirnya dia diterima masuk bekerja. Shasha sebenarnya tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Apatah lagi dengan kerajaan tapi memandangkan tiada syarikat swasta yang berminat untuk mengambilnya lantaran kurang pengalaman, Shasha akhirnya memohon jawatan di SPA. Dia sebenarnya agak terkejut apabila menerima tawaran tersebut kerana temuduga keduanya tidak berakhir dengan begitu baik. “Awak kurang mahir berbahasa Inggeris macamana kalau awak ditugaskan ke luar negeri nanti?” tanya penemuduga. “Tak ada masalah tuh Encik. Saya boleh ambil kursus Bahasa Inggeris sambil bekerja” jawab Shasha. Sudah tiga bulan dia ditempatkan di Jabatan ini. Pekerjanya tidak berapa ramai, jadi hubungan antara pekerja agak rapat.

“Shasha, apasal Makcik Ceceh tuh panggil kau? Aku tengok kau asyik jeling-jeling kat aku pulak tuh. Dia tanya pasal aku ke?” tanya Usop. Usop atau Yusof ialah penolong pegawai yang sudah agak lama bertugas di Jabatan itu. Kalau diukur melalui pengalaman, Usop lebih layak dalam mengendalikan tugas-tugas Shasha. Hanya dia tidak berijazah menyebabkan dia tidak dapat berjawatan pegawai penuh.“Eh eh!. Perasan pulak kau ni. Bila masa pulak kitaorang bercakap pasal kau” Shasha berkata dengan nada seloroh. “Iya lah. Mana lah aku tahu. Tadi kau senyum-senyum pandang aku dari dalam. Aku ingat kau mengumpat pasal aku”. “Usop, aku rasa baik kau cover sikit masa bertenet. Kau tahu lah office kita ni bukannya ramai. Pulak tu ada yang Phd. Kau faham-faham sahaja la siapa” Shasha sambil menjuihkan bibirnya kepada ketua kerani pejabat tersebut, Raihana. “Hmmph. Dia merepot pasal blog aku pada Makcik Ceceh la tu ye? Nak cari pasal nampaknya” Usop bangun sambil bercekak pinggang. “Dah. Dah. Jangan nak gaduh pulak. Tak ada orang lain yang tahu pasal double life kau selain aku. Jangan over-over pulak nanti semua orang gelakkan kau. Kau bukan tak biasa” Shasha mententeramkan Usop. “Ye lah. Ye lah. Aku tahu aku boleh percaya kat engkau. Tinggal aku bengang sama busy-body tuh. Bengang sebab aku takde hati pada dia la tu” Shasha hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Usop.


<< Home

  reading Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.